Apa lagi Azmin mampu lakukan selagi beliau berada dibawah telunjuk ‘PM’ Daim?

Spread the love

Apa nasib peneroka Felda apabila kerajaan melantik Azmin Ali sebagai Menteri bertanggungjawab menjaga hal ehwal Felda? Kehidupan peneroka mula dirundung malang apabila kerajaan dengan pengaruh Daim memberhentikan pembinaan ECRL kononnya terlalu mahal.

Bagi menyokong kenyataan Daim maka berdedai soldadu Pakatan Harapan mengeluarkan teori kewangan dan logika matematik mereka. Tidak kurang ada juga seorang Professor ‘Mr Bean’ menyatakan ECRL tidak relevan kerana kapal terbang memberi tambang yang lebih murah daripada ECRL.

Apabila China mengambil keputusan menamatkan pembelian pukal minyak sawit Malaysia mengaum pula Perdana Menteri menyatakan Malaysia adalah ‘Harimau Asia’ dan yakin China akan tunduk dengan ‘kegarangan’ Mahathir serta ‘kebiulan’ Daim mengurus hal rundingan dengan kerajaan China. Masih ingat selipar yang dikenakan Daim ketika bertemu pimpinan China? Berunding dan bertemu pimpinan atasan China dengan bertongkat dan selipar ‘Jepun’ jelas menampakkan ‘kebodohan’ dan seolah mempermainkan maruah sebuah negara yang dikenali sebagai kuasa ekonomi dunia. Ini standard Mahathir atau Mahathir ‘tutup mata’ dengan cara Daim?

Kegagalan rundingan memujuk China telah mengakibatkan peneroka dan pengusaha sawit terjejas. Lebih memburukkan lagi apabila Azmin sebagai Menteri tidak mengemukakan sebarang plan bagi mengekalkan harga sawit dipasaran sekaligus mengakibatkan pendapatan peneroka terjejas.

Beliau (Azmin) hanya menuding kerajaan lama (BN) tanpa sedar kegagalan PH adalah penyebab harga jatuh teruk dan tiada lagi pembelian dari China seperti yang pernah dirundingkan Najib sebelum ini.

Apa solusi Azmin sebenarnya? Adakah dengan menuding sana sini harga sawit akan kembali pulih dan peneroka akan dapat balik apa yang mereka hilang selama Pakatan Harapan memerintah? Azmin selama ini bukanlah terkenal sebagai seorang pakar ekonomi mahupun strategis berkaitan ekonomi.

Ingat lagi semasa beliau menjadi MB Selangor? Banyak keraguan berkaitan ekonomi dan tatacara urustadbir kewangan dipertikaikan. Ingat peruntukan MARRIS yang sepatutnya digunakan membaikpulih jalanraya dan saliran air di Selangor? Kontroversi timbul apabila peruntukan tersebut hilang entah kemana dan jalan Selangor dijadikan lelucon warga Selangor yang memancing ikan didalam lopak jalanraya. Belum lagi kontroversi lain dari Gerbang Selangor hinggalah kisah penahanan seorang Pegawai Khas ‘Disneyland’ yang dikaitkan dengan pasir Selangor.

Dari pengamatan warga Felda, Azmin merupakan KEGAGALAN Pakatan Harapan dan beliau bukanlah individu yang layak menjaga hal ehwal ekonomi terutama melibatkan kepentingan peneroka Felda seluruh Malaysia. Apa guna ada Menteri macam Azmin kalau sawit bakar pun dia tidak pernah rasa, tidak seperti seorang lagi Menteri ‘Sawan’ yang mencadangkan agar rakyat Malaysia minum secamca minyak sawit sehari.

Apa lagi Azmin mampu lakukan selagi beliau berada dibawah telunjuk ‘PM’ Daim? Adalah lebih baik beliau tumpukan fokus bagaimana mahu kekal dalam politik dan mengambil alih kedudukan sebagai Timbalan PM di masa depan sebelum melangkah bergaya sebagai PM Ke-8.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.