Janji Daim Tak Boleh Pakai

Spread the love

Masihkah anda ingat jaminan Tun Daim Zainuddin pada Mei 2018? Jika anda lupa, kami sedia kembalikan ingatan tersebut. Daim yang juga antara lima pakar Majlis Penasihat Kerajaan di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH), memberi jaminan kepada para pelabur dan pengurus dana bahawa pihaknya akan menangani semua masalah yang menjejaskan ekonomi selain tidak berhasrat menambah hutang negara.

“Tiada sebab lagi untuk meletakkan ekonomi dalam keadaan yang lebih buruk,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat bersama barisan pakar lain yang menganggotai Majlis itu di Kuala Lumpur.

Jaminan tersebut merupakan satu lagi janji manis Daim. Pembentukan Majlis Penasihat Kerajaan PH satu lagi pembaziran wang rakyat. Kini FBM KLCI mencatatkan prestasi terburuk di Asia pada tahun ini berbanding dengan pasaran utama di negara lain.

Bagi menutup kegagalan tersebut, baru-baru ini Daim membuat kenyataan peningkatan prestasi pasaran modal (capital market) di Malaysia boleh dilaksanakan sekiranya lebih banyak penyenaraian baru syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di pasaran saham dilakukan, meningkatkan kerancakan jual beli saham, menambahbaik struktur serta memanfaatkan kecanggihan teknologi hari ini.

Malah Daim mencadangkan pasaran di Malaysia perlu melonggarkan syarat-syarat penyenaraian syarikat yang berpotensi besar dan mempunyai kadar pertumbuhan yang tinggi. Ini boleh dilakukan dengan memberi geran, rebat dan insentif cukai untuk penyenaraian syarikat tersebut di pasaran saham. Itu sajakah tahap pakar Majlis Penasihat kerajaan PH?

Perkara utamanya, Daim gagal menangani semua masalah yang menjejaskan ekonomi negara memandangkan Malaysia kini berada dalam keadaan “tenat”.

1. Hutang Negara makin meningkat dalam hanya 11 bulan.
2. Pinjaman Bon Samurai 7 Billion Dollar tanpa arah tujuan lagi menambahkan Hutang Negara .
3. Penjarahan Duit Petronas tanpa kawalan sudah berbillion ringgit,
4. Penjualan besar-besaran Aset Negara Milik GLC dan GLIC tanpa kawalan , Tanpa tender terbuka dan dijual pada negara luar.
5. Penjualan saham ECRL pada CCCC milik China 50% saham pengangan . Rakyat bakal dihimpit membayar sampai bila-bila dengan kata lain Negara seolah-olah dijual pada China .
6. Bursa Kuala Lumpur Diketegori bursa paling terburuk didunia. Sekarang ia jatuh merundum nilai mata indeks bursa ketahap sangat teruk .
7. Pelabur makin ramai lari dari melabur di malaysia akibat polisi kerajaan sering bertukar dan tidak konsisten .
8. Nilai Mata Wang Ringgit semakin jatuh. Sekiranya jatuh berterusan hingga september 2019 maka nilai Mata Wang Ringgit tiada nilai lagi. Ringgit Malaysia akan jadi seperti Greece.
9. Inflasi kian meningkat. Harga barang melambungkan tinggi tanpa kawalan .
10. Kos sara hidup rakyat ketahap membimbangkan mengakibatkan tekanan hidup. Emosi rakyat pada tahap bahaya.
11. Indeks Kebahagian Rakyat dikeluarkan oleh PBB turun dari 40 anak tangga ke 84 akibat tekanan hidup rakyat mengganggu beremosi .
12. Pembayaran merugikan kerajaan dan rakyat akibat Ganti rugi pembatalan HSR .

Mana janji Daim yang memberi jaminan kepada para pelabur dan pengurus dana bahawa pihaknya akan menangani semua masalah yang menjejaskan ekonomi selain tidak berhasrat menambah hutang negara. Rupa-rupanya janji Daim tak boleh pakai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.