‘Kalau kurang senang, saya minta maaf’

Spread the love

KUALA LUMPUR: “Lucu juga apabila isu ini dibangkitkan. Tetapi, jika ada yang kurang senang dengan cara pemakaian itu, saya minta maaf.

“Saya tidak rasa pakaian itu salah, malah tidak akan memadam foto terbabit. Selagi ibu dan bapa tidak hubungi supaya padam foto itu, saya tidak akan berbuat demikian,” kata Sherry Ibrahim.

Pelakon dan usahawan itu mencetuskan kontroversi apabila memuat naik foto di Instagram, semalam, yang menimbulkan perasaan kurang senang pengikutnya.

Sherry berkata, dia akur apabila ramai yang menegur penampilannya, namun menegaskan, apa yang dilihat bukan getah pakaian dalam seperti disangka ramai.

“Ia sebenarnya adalah getah jeans yang saya pakai. Saya tahu, melihat jenama itu, ramai berfikir ia pakaian dalam. Mungkin mereka lupa, jenama itu juga mempunyai pelbagai koleksi lain.

“Bagi saya, penampilan itu tidak keterlaluan selagi tidak menampakkan kulit. Saya tidak berniat untuk membuat orang lain tidak selesa dan ia juga bukan disengajakan,” katanya.

Pelakon Syurga Yang Kedua itu berkata, dia terbuka menerima kritikan ramai yang menganggap penampilan seperti itu tidak sesuai dengan imejnya yang berhijab.

BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.