Pasaran Malaysia paling teruk di dunia

Spread the love

Harapan untuk menarik balik pelabur global ke pasaran saham ke Malaysia yang semakin teruk dipudarkan lagi oleh kerajaan.

Penanda aras Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI turun 14 peratus daripada rekod pada Mei 2018 dan ia merupakan pasaran utama yang paling teruk di dunia setakat ini tahun ini, yang mengalami penurunan sebanyak 3.5 peratus.

Keadaan itu semakin memburuk di tengah-tengah persaingan dalam ekuiti global yang dipacu oleh tindakan Rizab Persekutuan (Federal Reserve) dan perjanjian dagang yang masih kabur antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Prospek suram saham Malaysia mungkin tidak berakhir, kata Samsung Asset Management Co.

“Malaysia mungkin akan mengecewakan pada tahun depan kerana sejak kerajaan baharu berkuasa pada Mei 2018, ia telah menurunkan lagi hutang awam dengan mengetatkan fiskal,” kata Pengurus Dana Serantau Samsung Asset di Hong Kong, Alan Richardson.

Beliau berkata, langkah oleh kerajaan Malaysia itu akan berterusan dari Mei 2018 hingga Mei 2020. – Bloomberg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.