MPV Pengarah Bukit Aman pun kau sebat

Spread the love

KENDERAAN pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire yang digunakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh, hilang dipercayai dicuri ketika diletakkan di parkir sebuah restoran di Sungai Ramal, Kajang, semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, kenderaan mewah itu disedari hilang oleh pemandunya berusia 31 tahun sebaik selesai makan di restoran berkenaan.

“Pemandu terbabit dikatakan dalam perjalanan dari Jinjang selepas selesai menyelenggara kenderaan itu sebelum menuju ke Negeri Sembilan.

“Pemandu singgah untuk makan di sebuah restoran di Sungai Ramal pada jam 7 malam dan sebaik selesai makan kira-kira jam 8 malam, dia menyedari MPV berkenaan tiada di parkir berhampiran restoran itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Noor Azam berkata, pemandu turut kehilangan dompet dan dokumen pengenalan diri dalam kejadian ini.

“Usaha mengesan MPV itu sedang giat dijalankan,” katanya.

HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.