7 penipuan TAC bank babitkan RM21,000 di Sarawak

Spread the love

Polis menerima 7 kes penipuan nombor “Kod Pengesahan Transaksi” (TAC) bank membabitkan kerugian RM21,000 di Sarawak.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Sarawak, Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata kerugian tertinggi melibatkan RM7,000 manakala terendah RM1,200 dan mangsa berusia antara 19 hingga 46 tahun, 4 Cina, 2 Melayu dan seorang Melanau.

“Pengguna akan mendapat nombor TAC yang dihantar menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) walaupun tiada sebarang transaksi dilakukan.

“Susulan itu, suspek akan menghubungi mangsa menerusi pesanan ringkas (SMS), WhatsApp atau panggilan telefon dan memberitahu kononnya nombor telefon mangsa tersilap daftar untuk akaun banknya sebelum memaksa mangsa menghantar nombor TAC berkenaan dengan pelbagai alasan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.