Tiga muka baharu diperkenalkan dalam barisan exco kerajaan negeri Johor

Spread the love

JOHOR BAHRU, 22 April (Bernama) — Tiga muka baharu antara 10 Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Johor yang mengangkat sumpah di hadapan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene, pagi ini.

Ketiga-tiga muka baharu tersebut ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai, Tosrin Jarvanthi; ADUN Tenang Mohd Solihan Badri dan ADUN Jementah Tan Chen Choon.

Selain ketiga-tiga mereka, turut mengangkat sumpah ialah tujuh anggota exco terdahulu yang telah dilantik semula.

Mereka ialah ADUN Parit Yaani, Aminolhuda Hassan; ADUN Kota Iskandar, Dzulkefly Ahmad; ADUN Bukit Batu, Jimmy Puah Wee Tse; ADUN Bekok, Dr S Ramakrishnan; ADUN Semerah, Mohd Khuzzan Abu Bakar; ADUN Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali dan ADUN Johor Jaya, Liow Cai Tung.

Pelantikan barisan exco kali ini adalah susulan pelantikan Datuk Dr Sahruddin Jamal sebagai Menteri Besar Johor yang baharu Ahad lepas, bagi menggantikan Datuk Osman Sapian yang meletak jawatan selepas 11 bulan menerajui kerajaan negeri.

Pelantikan barisan exco kali ini adalah susulan pelantikan Datuk Dr Sahruddin Jamal sebagai Menteri Besar Johor yang baharu pada Ahad lepas, bagi menggantikan Datuk Osman Sapian yang meletak jawatan selepas 11 bulan menerajui kerajaan negeri.

Pelantikan tiga muka baharu dan rombakan kepada barisan exco merupakan itu antara syarat yang ditetapkan Sultan Johor.

Dengan pelantikan mereka juga, dua nama exco terdahulu iaitu ADUN Skudai, Tan Hong Ping dan ADUN Puteri Wangsa, Mazlan Bujang turut digugurkan dari senarai baharu.

Mereka sebelum ini masing-masing merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi negeri dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.