Dua saksi inkues Adib diugut

Spread the love

Polis mengesahkan pihaknya telah menerima dua laporan dari doktor pakar forensik, Hospital Kuala Lumpur pada Sabtu lalu kerana menerima ugutan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, kedua-dua-dua laporan tersebut telah dibuat di Balai Polis Subang Jaya kira-kira pukul 9.28 malam.

Ujarnya, kedua-dua mereka merupakan saksi doktor pakar dalam inkues Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Muhammad Adib Mohd. Kassim.

“Sehubungan itu, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 189 Kanun Keseksaan iaitu ugutan bencana kepada seorang penjawat awam.

“Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan lanjut akan dibuat memandangkan inkues masih berjalan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.