Apa Khabar Azmin Dengan Anwar?

Spread the love

Kali terakhir Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalannya Datuk Seri Azmin Ali menjadi tumpuan media ialah bulan lepas, ketika masing-masing berbalas sindiran lanjutan dari kenyataan Nurul Izzah Anwar mengenai Tun Dr. Mahathir Mohammad kepada media Singapura.

Walaupun tidak merujuk kepada sesiapa, tetapi semua orang faham Azmin menyindir Nurul Izzah dan ini membuatkan bapanya, campur tangan dan akhirnya Azmin mengaku sindiran itu untuk dirinya sendiri. Yelah tu, rakyat ni bodoh sangat agaknya.

Padahal kita semua tahu Azmin “berbuku” kerana Anwar lantik ramai orang yang tidak digemarinya ke dalam Majlis Pimpinan PKR (MPP) selepas menang jawatan Presiden.

Tidaklah nak kata ada apa-apa masalah, tapi nak sebut, Itulah yang terakhir pun kedua-duanya menjadi tumpuan media.

Lepas dari itu nampak macam perang dingin saja antara dua figura penting dalam PKR ini. Siapa faham sepak terajang politik PKR ni oleh agaklah apa yang sedang berlaku dalam keadaan macam ini.

Ada ahli PKR merungut, keadaan ini tak sepatutnya berlaku kerana masing-masing adalah orang nombor satu dan dua dalam PKR. Alangkah Datuk Seri Zahid Hamidi yang bercuti itupun, sering mengadakan pertemuan dengan Timbalannya, Datuk Seri Mohammad Hassan, Anwar dengan Azmin pulak macam cuba menjauhkan diri.

Difahamkan dan sudah menjadi bualan ramai di media sosial pun, Azmin dilihat lebih merapati Dr. Mahathir atau ahli keluarganya sahaja. Masa banyak dihabiskan ke situ dari mendampingi Anwar dalam menjalankan urusan parti. Tanam pokok sama-samalah, apalah, mesra.

Katanya lagi, masa PRK Rantau hari tu pun nampak jelas sangat dinginnya. Anwar seakan berkampung kat Rantau tu, sementara Azmin on off macam itu sajalah. Mungkin Azmin sibuk, maklumlah Menteri, banding dengan Anwar, bukan ada apa-apa jawatan kerajaan pun.

Ekonomi makin memburuk juga hari-hari walaupun Azmin selalu ternampak busy ya.

Mungkinlah ada kaitan dengan sembang kedai kopi yang mengatakan Azmin sedang disediakan untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri kepada sesiapa yang akan dipilih menggantikan Dr. Mahathir nanti (atau Timbalan Dr. Mahathir?), maka tidak hairanlah banyak masanya dihabiskan Azmin dihabiskan ke situ.

Nampak macam sembang nak jadi kenyataan, ke?

One thought on “Apa Khabar Azmin Dengan Anwar?

  • April 26, 2019 at 10:04 pm
    Permalink

    Pasal MahaFiraun kutukan korang berdua dulu…kini pasal dialah korang berdua bergaduh…hahahah

    Reply

Leave a Reply to dkds Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.