Anna Khramtsova, 31, dari Yekaterinburg mempunyai seorang anak dan pernah berkhidmat bersama perkhidmatan polis sebelum menyertai pasukan keselamatan kebangsaan iaitu unit dalaman pasukan tentera Rusia.

Graduan bidang undang-undang itu menang menerusi undian membabitkan seramai 57,000 rakyat Rusia baru-baru ini.

Peserta peraduan perlu memuat naik gambar terbaik dan biografi mereka untuk kategori peraduan foto tercantik.

Gambar finalis lain peraduan itu akan digunakan sebagai hiasan dalam kalendar pengawal kebangsaan Rusia 2020.

Khramtsova mengaku dia sering diperli dan dianggap tidak berkebolehan bekerja dalam agensi berkenaan.

“Saya pernah mendengar cemuhan lapuk seperti wanita ‘berambut perang muda’ dalam tentera tetapi saya mengabaikannya,” katanya. – Agensi