Polis trafik tak setuju peraturan baru cermin gelap

Spread the love

Pihak polis tidak bersetuju dengan peraturan baru Kementerian Pengangkutan mengenai cermin gelap kenderaan persendirian, berkata ia akan menyukarkan tugas pihak penguatkuasa, maklum Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Azisman Alias.

Harian Metro hari ini melaporkan pihak polis tidak pernah dirundingkan mengenai perkara ini.

“Saya berasa terkilan, sebaik-baiknya mereka berbincang dan mungkin boleh ambil pandangan daripada kita.

“Sebelum ini, kita boleh nampak penumpang dan pemandu, namun dengan peraturan baru ini tiada had ketelusan cahaya dibenarkan.

“Agak sukar bagi polis untuk membuat pemeriksaan dan mengesan penumpang di bahagian belakang,” kata Azisman.

Menjelaskan lanjut, jelasnya kesalahan-kesalahan kecil seperti menggunakan telefon pintar ketika memandu dan tidak memakai tali pinggang keledar akan lebih sukar dikesan.

“Memang beberapa peraturan ditetapkan seperti mengenakan fi dan perlu memenuhi syarat lain antaranya tidak mempunyai rekod jenayah dan sebagainya, namun ia seperti lesen kenderaan juga.

“Ada pengguna jalan raya yang tidak mempunyai lesen dan boleh menggunakan kenderaan itu,” katanya lagi.

Terdahulu hari ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengumumkan para pemilik kenderaan persendirian boleh menggunakan cermin gelap sepenuhnya di bahagian belakang dan cermin sisi kiri dan kanan penumpang bermula esok.

Bagaimanapun, katanya kadar peratusan ketelusan cahaya (VLT) bagi cermin depan dan cermin sisi kiri dan kanan pemandu masih kekal, masing-masing 70 peratus dan 50 peratus.

Mkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.