Salah, Mane, Aubameyang kongsi Kasut Emas

Spread the love

Sadio Mane dan Pierre-Emerick Aubameyang masing-masing meledak dua gol pada hari terakhir Liga Perdana Inggeris untuk berkongsi anugerah Kasut Emas penjaring terbanyak bersama Mohamed Salah.

Ketiga-tiga pemain menamatkan kempen dengan 22 gol manakala penyerang Manchester City, Sergio Aguero mengekori dengan satu gol di belakang.

Menurut peraturan Liga Perdana, setiap pemain yang berjaya meledak gol terbanyak sepanjang musim akan diberi penghormatan atas pencapaian mereka tidak kira berapa ramai yang berkongsi kedudukan itu.

Ini adalah Kasut Emas kedua berturut-turut buat Salah selepas muncul penjaring terbanyak musim lalu dengan 32 gol.

Pastinya anugerah tersebut sedikit sebanyak mengubati kekecewaan Reds gagal menjuarai Liga Perdana musim ini biarpun mengalahkan Wolverhampton 2-0 dalam aksi terakhir.

Kemenangan 4-1 City ke atas Brighton membolehkan skuad The Citizens mempertahankan gelaran, sekali gus menjadi pasukan pertama dalam tempoh 10 tahun berjaya mengulangi pencapaian itu. – AGENSI

SENARAI AKHIR PENJARING TRBANYAK

Mohamed Salah Liverpool 22

Sadio Mane Liverpool 22

Pierre-Emerick Aubameyang Arsenal 22

Sadio Mane Liverpool 22

Sergio Aguero Manchester City 21

Jamie Vardy Leicester City 18

Harry Kane Tottenham 17

Raheem Sterling Manchester City 17

Eden Hazard Chelsea 16

Callum Wilson Bournemouth 14

Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.