Stesen minyak Pertamina di Pakansari, Cibinong di daerah Bogor turut sama tidak ketinggalan merebut peluang itu.

Lapor Detik.com, stesen mi­nyak yang terletak di Jalan Tegar Beriman, Cibinong, Jawa Barat itu memberikan ganjaran petrol percuma kepada pihak yang berjaya menghafal surah al-Kahfi.

Ketua Koperasi Sayaga Korps Pegawai Republik Indonesia (KORPRI) Bogor, Maryeni berkata, promosi itu bukan pertama kali dilakukan kerana ia pernah diadakan sejak Ogos tahun lalu.

Setiap minggu, stesen mi­nyak berkenaan akan memberi baucar 30 liter minyak kepada mereka yang berjaya menghafal surah sepanjang 110 ayat itu. – AGENSI