Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Spread the love

Ringgit meneruskan aliran menurunnya berbanding dolar AS pada pagi ini apabila para pelabur mengambil pendekatan berhati-hati sementara menunggu pengumuman data keluaran dalam negara kasar (KDNK) esok, kata para peniaga.

Pada 9 pagi hari ini, ringgit diniagakan rendah pada 4.1715/1745 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.1690/1720 pada Selasa.

Seorang peniaga berkata meskipun jangkaan data KDNK yang lemah, masih terdapat sektor yang dijangka berkembang dalam keadaan kelembapan sektor pembuatan, justeru, data itu boleh meningkatkan sentimen pelabur.

“Dengan peningkatan perang perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China, para pelabur mencari lokasi alternatif dan sekiranya Malaysia boleh menyediakan pilihan, ia sudah pastinya baik bagi negara,” katanya. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.