Selena Gomez bakal berkahwin dengan Bill Murray?

Spread the love

PENYANYI Selena Gomez membuat kejutan buat peminatnya apabila mengumumkan bakal menamatkan zaman bujangnya.

Selena mengumumkan bakal berkahwin dengan pelakon Bill Murray menerusi laman Instagramnya.

Selena memuat naik beberapa gambar ketika  sedang menghadiri Festival Filem Cannes 2019 baru-baru ini berkata dia akan berkahwin dengan Bill Murray, 68.

“Ini adalah pertama kali saya menghadiri festival Filem Cannes dan saya sangat terharu kerana dapat menjadi sebahagian daripada filem bersama Jim dan juga kru yang terlibat, dan ya saya akan berkahwin dengan Bill,” katanya melalui kapsyen di Instagram.

Bagaimanapun, Selena, 26, yang mula dikenali melalui sitkom terbitan DisneyWizards of Waverly Place itu hanya membiarkan peminatnya tertanya-tanya mengenai kenyataan tersebut.

Salena dan pelakon filem Ghostbusters itu bergandingan buat pertama kali menerusi filem seram komedi The Dead Dont Die.

Mereka kini sedang sibuk mempromosikan filem berkenaan yang akan ditayangkan pada 14 Jun.

Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.