Pada penutupan, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.87 mata kepada 1,601.87.

Indeks dibuka 3.8 mata lebih rendah pada 1,599.94 dan bergerak antara 1,589.79 dan 1,605.13 di sepanjang hari.

Seorang peniaga berkata berita bahawa pentadbiran AS sedang menimbang untuk mengenakan sekatan ke atas firma video pengawasan China, Hikvision, selepas tindakan yang sama ke atas Huawei Technologies minggu lepas, menjejaskan lagi sentimen untuk mengambil risiko.

“Walaupun sentimen mengambil risiko semakin baik di rantau ini dalam beberapa bulan pertama tahun ini selepas ketegangan China-AS dilihat sudah kembali reda, kebuntuan dalam rundingan perdagangan sejak awal Mei, mencetuskan ketidaktentuan dalam pasaran,” katanya.

Di pasaran tempatan, kedudukan pasaran negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 718 berbanding 188, manakala 314 kaunter tidak berubah, 677 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.37 bilion unit bernilai RM2.11 bilion berbanding 1.8 bilion unit bernilai RM1.46 bilion pada penutupan Selasa.

Antara kaunter wajaran tinggi, Maybank menokok tiga sen kepada RM9.02, Public Bank meningkat dua sen kepada RM22.50 manakala CIMB menambah satu sen kepada RM5.15.

Petronas Chemicals susut 19 sen kepada RM8.63 dan TNB turun dua sen kepada RM11.66.

Bagi kaunter aktif, Vortex susut 3.5 sen kepada 27 sen, Sapura Energy dan Lambo masing-masing merosot satu sen kepada 30 sen dan 5.5 sen, Dayang turun 24 sen kepada 89 sen manakala Barakah susut dua sen kepada lima sen.

Indeks FBM Emas turun 45.58 mata kepada 11,209.73, FBMT 100 susut 34.22 mata kepada 11,064.4 dan FBM 70 turun 128.86 mata kepada 13,569.57.

Indeks FBM Emas merosot 66.85 mata kepada 11,332.28 dan Indeks FBM Ace susut 103.31 mata kepada 4,288.9.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 31.93 mata kepada 16,553.32, Indeks Perladangan turun 45.15 mata kepada 6,837.42 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perusahaan susut 1.78 mata kepada 161.42.

Jumah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 1.51 bilion saham bernilai RM1.92 bilion berbanding 1.17 bilion saham bernilai RM1.34 bilion pada penutupan Selasa.

Jumlah dagangan waran melonjak kepada 444.03 juta unit bernilai RM120.49 juta berbanding 292.27 juta unit bernilai RM73.76 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 420.55 juta saham bernilai RM70.87 juta berbanding 331.36 juta saham bernilai RM40.73 juta sebelumnya.

Barangan dan perkhidmatan pengguna menyumbang 272.4 juta saham yang diurus niaga di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (172.48 juta), pembinaan (161.32 juta), teknologi (107.28 juta), SPAC (tiada), perkhidmatan kewangan (53.65 juta), hartanah (130.97 juta), perladangan (23.33 juta), REIT (10.64 juta), dana tertutup (5,000), tenaga (463.19 juta), penjagaan kesihatan (37.12 juta), telekomunikasi dan media (28.56 juta), pengangkutan dan logistik (25.02 juta) dan utiliti (25.66 juta). – BERNAMA