Gumpalan rambut seberat 500 gram dikeluarkan dari perut gadis selepas 10 tahun

Spread the love

SEGUMPAL rambut yang sudah mengeras berjaya dikeluarkan dari perut seorang gadis berusia 16 tahun.
Gadis tersebut mengalami sindrom Rapunzel iaitu ketagih mengunyah dan menelan rambut sendiri.Rambut tersebut berkumpul di dalam perutnya selama sedekad dalam keadaan tidak dicernakan dengan berat sekitar 500 gram.

Gadis warga Rusia itu terpaksa menjalani pembedahan segera untuk mengeluarkan gumpalan rambut itu.

Doktor Andrey Karavaev berkata kira-kira 80 peratus perut gadis itu dipenuhi gumpalan rambut yang mengancam kesihatannya.

Saluran gastroususnya berada dalam bahaya apabila tersekat sepenuhnya.

Pembedahan segera itu dilakukan di Klinik Perubatan Kecemasan Nombor Dua di Tomsk.

Gadis itu berada dalam keadaan stabil selepas pembedahan tersebut.

Ia adalah kes sindrom Rapunzel kedua dalam tempoh 25 tahun di wilayah itu.

Gadis itu yang tidak didedahkan identitinya kini memerlukan rawatan psikiatri. – Mirror.co.uk

Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.