Simbah asid kerana cemburu buta

Spread the love

HANOI: Disebabkan cemburu melampau, seorang ahli bomba di Vietnam didakwa sanggup menyimbah asid pada wajah tunangnya ketika hari pertama Tahun Baru.

Nguyen Truong Nam Hai, 24, leftenan kedua di Jabatan Bomba Da Nang di bandar Vietnam, dituduh menyimbah bahan kimia kaustik pada wajah bakal isterinya Le Lan Vy, 24, lapor Daily Mail.

Mangsa yang memuat naik status di Facebook, menuduh suspek menyerangnya kerana dia cuba memutuskan perhubungan mereka sebelum berkahwin selepas Hai dilaporkan berlaku kasar terhadapnya.

Vy berkata, suspek pada awalnya adalah penyayang dan memberinya sepenuh perhatian, membuatkan dia bersetuju untuk berkahwin pada bulan Disember selepas mendaftar untuk majlis perkahwinan.

VY dan Hai.

Tetapi semakin dekat dengan tarikh perkahwinan, dakwa mangsa, suspek berkelakuan kasar dan sanggup memukulnya disebabkan cemburu buta.

Mangsa cuba memutuskan hubungan itu, tetapi suspek meminta keluarga mereka berbincang bagi menyelesaikan masalah mereka. Suspek tiba di rumah mangsa bersama keluarganya pada 1 Januari dan bertindak menyimbah asid ketika berjalan ke arah dapur.

Mangsa mengalami luka terbakar teruk di wajah, lengan serta kaki manakala ibu bapanya cedera ringan.

Dia terpaksa menjalani hampir 10 pembedahan dalam tempoh lima bulan bagi membetulkan wajahnya yang buruk, kata ibu mangsa.

Polis kini menyiasat kes berkenaan dan dakwaan ke atas suspek sedang dibuat. Suspek turut dipecat dari jabatan bomba dan pangkatnya dilucutkan.

HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.