Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. memberitahu, suspek utama berusia 31 tahun itu ditahan di sekitar Simpang Renggam.

Menurut beliau, berdasarkan siasatan, suspek turut terlibat dalam beberapa kegiatan samun di sekitar Johor Bahru sebelum ini.

“Selain itu, polis turut berjaya menahan tiga individu lain yang merupakan rakan suspek dalam kegiatan jenayah samun mereka sebelum ini.

“Sementara itu, seorang lagi suspek yang terlibat dengan video tular dalam media sosial baru-baru ini masih diburu polis,” katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi.

Tambah beliau, ketiga-tiga suspek yang ditahan berusia antara 26 hingga 40 tahun.

“Dengan tertangkapnya empat suspek ini, polis berjaya menyelesaikan 11 kes samun di sekitar Johor Bahru,” tambahnya. – UTUSAN ONLINE