Eksport China naik, import susut

Spread the love

BEIJING: Eksport China secara tidak diduga kembali mencatat pertumbuhan pada Mei meskipun tarif yang lebih tinggi dikenakan Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, import jatuh ketara dalam tempoh hampir tiga tahun, petanda lanjut bahawa permintaan domestik yang lemah boleh mendorong Beijing untuk meningkatkan langkah-langkah rangsangan.

Beberapa penganalisis mengesyaki pengeksport China mungkin bergegas membuat penghantaran ke AS bagi mengelakkan tarif baharu dikenakan ke atas barangan bernilai AS$300 bilion yang diancam akan dikenakan Presiden Donald Trump.

Bagaimanapun, data eksport yang lebih baik daripada jangkaan itu dijangka tidak akan mengurangkan kebimbangan perang perdagangan AS-China yang lebih panjang dan kos lebih tinggi mungkin tidak dapat dielakkan, sekali gus mendorong ekonomi global ke arah kemelesetan.

Eksport Mei China naik 1.1 peratus berbanding tahun sebelumnya, berbanding jangkaan pasaran penurunan sederhana, demikian menurut data kastam.

“Kami menjangkakan pertumbuhan eksport kekal positif pada Jun, mungkin disokong eksport hadapan yang berterusan ke AS, tetapi ia sepatutnya jatuh pada suku ketiga, apabila kami menjangkakan ancaman tarif akan dilaksanakan,” kata ahli ekonomi di Nomura dalam nota kepada pelanggan.

“Sehubungan itu, kami percaya Beijing berkemungkinan akan meningkatkan langkah rangsangan untuk menstabilkan pasaran kewangan dan pertumbuhan.” – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.