Jaguh Sepanyol itu menang 6-3, 5-7, 6-1, 6-1 untuk menjulang trofi Grand Slam ke-18 dalam kariernya.

Nadal, 33, juga muncul pemain pertama, sama ada lelaki mahu pun wanita berjaya menjuarai gelaran Grand Slam yang sama sebanyak 12 kali.

Pemain No. 2 dunia itu hanya kurang dua kejuaraan lagi untuk menyamai rekod Roger Federer yang memenangi 20 gelaran Grand Slam.

“Saya mahu mengucapkan tahniah kepada Dominic. Saya bersimpati dengannya kerana dia juga berhak menang hari ini.

“Bagaimanapun saya percaya, dia akan mendapat peluang itu pada masa akan datang. Dia memiliki bakat yang hebat.

“Bagi saya, ia ibarat impian terlaksana dapat menang sekali lagi. Detik yang menakjubkan.

“Selepas bermain di sini buat kali pertama pada 2005, saya tidak pernah terfikir masih mampu beraksi pada 2019. Ia sangat istimewa buat saya,” kata Nadal. – AFP