Ainul dah sedar

Spread the love

KUALA LUMPUR: “Ainul dah sedar, alhamdulillah”.

Itu khabar gembira disampaikan Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, bapa kepada bayi perempuan yang menghidap kanser mulut ‘Germ Cell Tumor’, Ainul Mardhiah.

Ahmad Safiuddin menzahirkan rasa syukur selepas anaknya yang berusia sembilan bulan, selamat menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan pada mulutnya di London, semalam.

Beliau turut berkongsi wajah anak sulungnya itu yang sudah tidak lagi memiliki ketumbuhan seberat 200 gram pada mulutnya.

“Cuma masih dalam unit penjagaan rapi untuk pastikan Ainul betul-betul okay sebelum dipindahkan semula ke dalam wadnya yang biasa.

“Terus doakan Ainul kuat dan cepat sihat ya semua,” katanya menerusi akaun Facebook miliknya, hari ini.

Dalam perkongsian terdahulu, Ahmad Safiuddin menzahirkan rasa terharu dan gembira apabila dimaklumkan Ainul Mardhiah selamat menjalani pembedahan.

“Alhamdulillah, Ainul selamat menjalani pembedahan. Pasukan pakar yang merawat Ainul berjaya mengeluarkan semua ketumbuhan Ainul.

“Semalam saya tak mampu nak berkata apa-apa selepas melihat Ainul habis daripada pembedahan. Perasaan yang pernah kami rasa waktu Ainul lepas habis pembedahan ketika berusia 10 bulan.

“Terharu dan sangat gembira. Tak terkata apa-apa sebab tak boleh nak gambarkan perasaan sejak semalam,” katanya yang memohon orang ramai terus mendoakan kesembuhan anaknya.

Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.