Hakim Rohatul Akmar Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap salah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Mahkamah turut memerintah hukuman penjara itu bermula dari tarikh jatuh hukum hari ini.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dalam meneruskan niat secara tidak munasabah telah menyebabkan kesakitan atau penderitaan yang tidak sepatutnya kepada seekor kucing jantan.

Kesalahan itu, didakwa dilakukukan di tangga pangsaputi Blok A3 Jalan 4/27A Seksyen 2 Wangsa Maju di sini pukul 1.30 petang pada 10 Jun lalu.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 29(1) e Akta Kebajikan Haiwan 2015 (akta 772) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 29(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman tidak kurang RM20,000 dan maksimum RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Terdahulu  tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan dengan alasan bertindak demikian kerana kucing tersebut menggigit dan mencakarnya.

“Saya tangkap dan jerut kucing itu sebab dia gigit dan cakar tangan saya sehingga berlubang.. saya juga anak yatim piatu dan hanya bekerja sebagai peniaga gerai di tepi jalan,” katanya.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mohd. Ashif memohon mahkamah mengenakan yang hukuman yang berat dengan alasan perbuatan tertuduh melampui batas dan  kejam.

“Tertuduh tidak sepatutnya melakukan penganiayaan terhadap haiwan yang lemah. Alasan tertuduh mengatakan dia dicakar dan digigit adalah tidak munasabah apatah lagi tertuduh merupakan seorang manusia yang mempunyai akal fikiran,” ujarnya. – K! ONLINE