Azmin tidak bodoh lakukan seks sejenis

Spread the love

Tun Dr. Mahathir Mohamad yakin Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin tidak bodoh untuk melakukan perbuatan seks sejenis.

Perdana Menteri berkata, Timbalan Presiden PKR itu juga tidak bodoh untuk merakam video dan gambar perbuatan tidak senonoh itu.

“Saya tak fikir dia sebodoh itu untuk buat seperti itu dan merakamkannya dan dalam gambar,” katanya kepada pemberita di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.

Tegas Dr. Mahathir, beliau percaya dakwaan yang dilemparkan kepada Mohamed Azmin itu merupakan cubaan untuk memerangkapnya.

Atas sebab itu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu menggesa supaya seluruh masyarakat menolak berita palsu.

“Saya fikir ada yang cuba perangkap dia dengan kehebatan elektronik masa kini, anda boleh tunjuk macam-macam gambar yang mungkin betul atau tidak.

“Sebab itu kita perlu tolak berita palsu. Kita mesti bertindak ke atas mana-mana berita palsu,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.