PH boleh mufliskan UMNO, jika mahu

Spread the love

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) berupaya untuk mengambil tindakan dan menyebabkan UMNO muflis, sekiranya mahu berbuat demikian.

Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, malangnya Kerajaan PH masih membenarkan Datuk Seri Najib Tun Razak bebas ke mana-mana walaupun bekas Perdana Menteri itu berdepan dengan pelbagai pertuduhan di mahkamah.

“Kalau nak bankrupkan UMNO kita dah buat awal lagi tapi kita membenarkan Najib bebas walaupun didakwa dan (beliau) bebas ke mana-mana jadi ‘Bossku’,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Persidangan Minyak dan Gas Asia Ke-20 (AOGC 2019) anjuran Petronas di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir memberitahu, UMNO boleh menubuhkan parti baharu tetapi perlu mengikut lunas undang-undang negara.

“Apa yang berlaku ialah UMNO guna duit yang dicuri untuk bahagi kepada ketua bahagian dan duit-duit curi mesti dibayar balik bukan kepada UMNO tapi kepada kerajaan sebab itu duit kerajaan,” katanya.

Sabtu lalu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, UMNO tidak menolak kemungkinan untuk menubuhkan parti politik baharu atau menyertai parti politik sedia ada sekiranya parti terbesar masyarakat Melayu itu dibubarkan. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.