Agong bantu mangsa kemalangan di Putrajaya

Spread the love

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah berkesempatan turun mencemar duli memberi bantuan kepada seorang mangsa kemalangan jalan raya di sini.

Menerusi hantaran terbaharu dalam akaun Instagram istana_negara, Seri Paduka keluar daripada kenderaan rasmi untuk memberi bantuan kepada mangsa kemalangan, Jasliza Jamil.

“Alhamdulillah pemandu kenderaan terbabit, Jasliza Jamil tidak mengalami kecederaan yang serius.

“Seri Paduka Baginda Tuanku kemudiannya meneruskan perjalanan ke Mesyuarat Pra Kabinet bersama YAB Perdana Menteri di Istana Melawati, Putrajaya. Daulat Tuanku,” maklum akaun Instagram itu hari ini.

Akaun Instagram itu juga memaparkan tiga keping gambar Sultan Abdullah yang mencemar duli untuk turun menyaksikan keadaan mangsa kemalangan.- UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.