Pada aksi tersebut, Nazmi Faiz Mansor dan bintang import sensasi Harimau Selatan, Diogo Luis Santo masing-masing meledak gol pada babak pertama sebelum kapten Melaka United, Shukor Adan menjaringkan gol sagu hati buat pasukan tuan rumah pada penghujung perlawanan.

Kemenangan tersebut sekali gus mengesahkan dominasi JDT yang berjaya mengekalkan kejuaraan Liga Super buat kali keenam berturut-turut sejak kali pertama bergelar juara pada edisi 2014.

Lebih manis, kejayaan itu berjaya dilakar oleh skuad kendalian Benjamin Mora ketika saingan liga masih berbaki empat perlawanan dengan meraih 46 mata dan dibezakan 16 mata berbanding pencabar terdekat, Pahang di kedudukan kedua.

Keputusan itu turut mengesahkan JDT bakal meraih tiket automatik sebagai wakil Liga Malaysia (Liga M) untuk bersaing pada saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim depan. – K! ONLINE