Artis Indonesia tawar khidmat seks, dipenjara lima bulan

Spread the love

Artis Indonesia, Vanessa Angel dijatuhi hukuman penjara lima bulan, selepas didapati bersalah terlibat dalam kes pelacuran secara dalam talian membabitkan bayaran sehingga 80 juta rupiah (RM24 ribu) untuk sekali layanan.

Agensi berita Antara melaporkan, hukuman itu dibacakan Ketua Majelis Hakim Surabaya, Dwi Purwadi pada persidangan di Pengadilan Negeri Surabaya, petang ini.

Vanessa, 27, dijadual dibebaskan hujung bulan ini kerana hukuman penjara itu berkuat kuasa dari tarikh dia ditahan pada 31 Jan lepas.

Vanessa ditahan di Surabaya selepas pihak polis mengesan berlakunya transaksi pembayaran untuk aktiviti itu. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.