Gamuda terima tawaran Putrajaya untuk 4 konsesi lebuhraya

Spread the love

KUALA LUMPUR: Gamuda Bhd menerima cadangan yang dikemukakan oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) membabitkan pengambilalihan semua kepentingan ekuiti kumpulan dalam 4 syarikat.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, MKD menyatakan 4 syarikat itu Kesas Sdn Bhd (Kesas), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn Bhd (SPRINT), Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak) dan Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART).

“Lembaga Pengarah Gamuda akan membuat pengumuman sewajarnya kelak selepas melalui pelbagai proses berkaitan yang membabitkan syarikat sekutu dan syarikat usaha sama berkenaan,” katanya.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng baru-baru ini mengumumkan Kementerian Kewangan membuat tawaran dengan harga RM6.2 bilion bagi mengambil alih 4 konsesi lebuh raya bertol yang dapat menjimatkan pembayar cukai sekurang-kurangya RM5.3 bilion, dalam bentuk pampasan kepada syarikat konsesi terbabit yang kepentingan utamanya dimiliki oleh Gamuda.

Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.