Gangguan air di Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang mulai 9 malam ini – Syabas

Spread the love

Beberapa kawasan di Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang dijangka mengalami gangguan bekalan air dan tekanan rendah bermula 9 malam ini berikutan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih yang terpaksa dihenti tugas.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. dalam satu kenyataan menjelaskan ini susulan pencemaran bau yang dikesan berlaku di Sungai Semenyih yang menjadi sumber air mentah bagi loji itu.

“Pihak kami sedang berusaha mengatasi masalah ini dan kerjasama pengguna amat dihargai,” menurut Syabas.

Untuk maklumat dan status terkini, orang ramai boleh merujuk aplikasi telefon bimbit Air Selangor dan laman sesawang www.syabas.com.my – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.