Pemimpin dilantik tidak berjaya kembangkan parti

Spread the love

Tun Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan pemimpin berasaskan lantikan dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak berjaya mengembangkan parti tersebut.

Sehubungan itu, beliau merangkap Pengerusi Bersatu berpendapat pemilihan parti perlu diadakan lebih awal memandangkan kepemimpinan masa kini adalah dilantik.

“Sekarang ini berasaskan pemimpin yang dilantik kadang-kadang tidak berjaya untuk mengembangkan parti,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran

Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB) 2030 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Beliau mengulas pemilihan parti Bersatu yang dijangka berlangsung pada tahun ini.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini memaklumkan semua calon terbuka untuk bertanding apa-apa jawatan termasuklah Presiden parti.

Muhyiddin juga berkata, calon-calon berkenaan hanya boleh bertanding selepas pindaan perlembagaan Bersatu siap.

Pindaan itu termasuk menetapkan beberapa peraturan untuk Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) dan Srikandi Bersatu. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.