Penemuan cecair hijau di hulu Sungai Kim Kim pula

Spread the love

PASIR GUDANG: Lapisan cecair hijau seakan-akan minyak atau cat dalam kuantiti yang banyak serta tidak diketahui kandungannya ditemui di hulu Sungai Kim Kim, di sini semalam.

Cecair berkenaan dilihat terkumpul di saliran itu tetapi tidak mengeluarkan bau.

Tinjauan BH di kawasan yang terletak di Jalan Keluli 7 itu mendapati kakitangan Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengambil sampel cecair berkenaan.

Sampel air berkenaan akan dianalisis oleh JAS bagi mengenal pasti sama ada wujud benda asing atau bahan toksik dalam cecair berkenaan.

Kebanyakan kilang akan melepaskan cecair yang tidak sepatutnya dibuang ke sungai sejurus sebelum hujan bagi memastikan tindakan mereka tidak dapat dikesan, berikutan arus yang deras.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas, Datuk Che Zakaria Mohd Salleh yang mengikuti tinjauan itu berkata, beliau terkejut melihat keadaan itu yang menyebabkan sungai tercemar, meskipun kandungan cecair berkenaan masih belum dipastikan.

“Bagaimana kilang boleh melepaskan cecair ini ke sungai atau saliran umum? Mereka perlu melupuskan secara khusus bagi mengelak berlaku sebarang perkara tidak diingini.

“Perkara seperti inilah yang membuatkan sungai tercemar dan kesannya, rakyat yang menjadi mangsa. Pemantauan ketat perlu dibuat,” katanya.

BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.