Sembunyi atas siling elak dicekup

Spread the love

Seorang wanita warga Indonesia bertindak nekad memanjat dinding setinggi hampir lima meter untuk bersembunyi di atas siling sebuah rumah kedai yang terletak di Permatang Tinggi di sini

bagi mengelakkan diri daripada ditahan Jabatan Imigresen semalam.

Namun cubaan wanita itu gagal apabila dia berjaya dikesan oleh anggota penguatkuasa malah seorang lagi rakannya yang menyorok di dalam almari di rumah kedai tersebut juga berjaya ditahan.

Menurut Pengarah Imigresen negeri, Muhamad Husni Mahmud, dalam serbuan yang dijalankan di dua lot rumah kedai itu, anggota penguatkuasa terpaksa memecahkan pintu premis itu apabila tidak mendapat kerjasama penghuni.

“Ketika pemeriksaan dijalankan didapati kedua-dua premis berkenaan seperti tidak berpenghuni.

“Namun apabila pasukan operasi membuat pengeledahan ada di antara pendatang asing tanpa izin (PATI) terbabit bersembunyi di atas siling serta di dalam almari,” katanya di sini hari ini.

Menurut Muhamad Husni seramai 13 orang warganegara asing telah di periksa di kedua-dua premis terbabit dan hasilnya seramai 12 orang PATI telah berjaya ditangkap.

“Kesemua tangkapan kini di tahan di Depot Imigresen Juru untuk siasatan lanjut bagi dikenakan tindakan,’’katanya. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.