Video buli remaja viral, netizen gesa PDRM bertindak

Spread the love

Viral hari ini satu video yang memaparkan seorang remaja dibelasah sekumpulan pemuda tanpa belas kasihan.

Video berdurasi 35 saat dipercayai berlaku di Taman Setia Indah, Johor Bahru memaparkan adegan buli seorang remaja berlarutan sehingga menjadi adegan pukul memukul.

Mulanya mangsa dilihat dipukul seorang rakannya sambil diperhatikan lebih kurang lima rakannya yang lain.

Mangsa yang duduk di tepi kaki lima kemudiannya ditampar beberapa kali dan kemudiannya ditendang dan dipijak oleh seorang remaja lain.

Akibat dipijak, mangsa dilihat tidak mampu untuk bangun sambil badannya menggigil.

Video tersebut viral di media sosial.

Netizen dilihat bersimpati dengan mangsa yang masih belum diketahui keadaannya sehingga kini.

“Ya Allah lepas dia kena pijak tu dia macam orang nazak. Macam cramp. Takutnya Ya Allah.

“So budak tu macam mana skrg ok tak? Harap tak ada apa apa. Geramnya kalau dapat tlg la bagi pengajaran sikit dlm lokap nanti,” komen @wannurliyanaaa.

Malah ramai juga yang menggesa agar pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera bertindak dengan menahan remaja-remaja berkenaan.

“OMG!!! @PDRMsia plz arrest them.. Teach them a lesson..,” komen @VennilaNair. -MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.