2 cedera tembakan di masjid Perancis

Spread the love

PARIS: Sekurang-kurangnya dua mangsa cedera, selepas ditembak di luar sebuah masjid di Brest, barat Perancis, semalam, menurut polis.

Pendakwa raya Brest, Jean-Philippe Recappe berkata, seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan, ketika jemaah meninggalkan masjid itu di kejiranan Pontanezen, bandar terbabit.

Katanya, motif sama ada serangan itu bermotifkan agama atau dendam atau berpunca daripada faktor lain masih tidak diketahui.

Stesen televisyen kerajaan, France 3 melaporkan suspek masih diburu. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.