Bossku tetap di hati rakyat

Spread the love

Datuk Seri Najib Tun Razak singgah bertemu peminat sukan motosikal dalam program Kelantan International Bike Week 2019 di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini hari ini.

Terdahulu, bekas Perdana Menteri itu tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di sini kira-kira pukul 9.30 pagi ini sempena lawatan dua harinya ke Kelantan.

Beliau meluangkan masa setengah jam bertemu ahli Geng Motosikal Y15 seramai kira-kira 50 orang yang berkumpul di hadapan astaka stadium berkenaan.

Yang turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Timbalannya, Tan Sri Mohamed Fatmi Che Salleh.

Biarpun hanya sekejap, peminat tidak melepaskan peluang untuk berswafoto dengan Najib malah berulang kali melaungkan gelaran popular beliau iaitu ‘bossku’.

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK melancarkan tabung pembinaan masjid Maahad Ashraf Al Abrar, Kuala Krai di program Geng Motosikal Y15 sempena Kelantan International Bike Week 2019 di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu hari ini. – UTUSAN ONLINE
Najib turut sempat menyaksikan persembahan aksi ‘stunt’ daripada penunggang lagak ngeri tersohor iaitu Ilia Iryani Shuib, 33, yang menghiburkan penonton dengan aksi mengkagumkan.

Dalam tempoh singkat itu, beliau juga telah melancarkan tabung pembinaan masjid Maahad Ashraf Al Abrar, Kuala Krai.

PENUNGGANG ‘stunt’, Ilia Iryani Shuib ketika membuat pertunjukan di program Geng Motosikal Y15 sempena Kelantan International Bike Week 2019 di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu hari ini. – UTUSAN ONLINE
Najib kemudiannya bergegas ke perjumpaan tertutup bersama Badan Perhubungan UMNO negeri dan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Hotel Perdana di sini. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.