Pegawai Imigresen dipukul guna kasut tumit tinggi

Spread the love

Bertindak agresif dengan memukul pihak berkuasa menggunakan kasut tumit tinggi untuk elak ditahan.

Itu antara gelagat dua wanita warga Vietnam yang ditahan Jabatan Imigresen di sebuah pusat refleksologi dan spa di sekitar taman Perindustrian Belmas Johan, Rawang dekat sini kelmarin.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Imigresen, Mohamad Fauzi Md. Isa berkata, operasi dijalankan pada pukul 7.30 malam oleh 18 pegawai dari Bahagian Perisikan, Operasi Khas dan Analisa Imigresen.

“Kita turut melakukan serbuan di dua buah kedai gambar yang disyaki menjadi tempat operasi sindiket pemalsuan dokumen oleh warga asing.

“Hasil pemeriksaan di dua premis itu, kita telah menahan tiga lelaki warga Bangladesh, Vietnam (2), dua lelaki dan seorang wanita warga Indonesia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohamad Fauzi, siasatan awal mendapati dua kedai gambar itu mampu memproses dan menyediakan dokumen imigresen palsu iaitu i-kad dalam masa 20 minit dan pelekat Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dalam tempoh masa sehari.

Jelasnya, pemohon hanya perlu membawa sekeping gambar ukuran pasport dan maklumat pasport tanpa memerlukan dokumen asal.

“Pemohon akan berurusan dengan warga asing tertentu untuk mengelak identiti diketahui ramai dan i-kad palsu yang dikeluarkan juga mempunyai tulisan, ukuran dan maklumat yang sama seperti kad asli.

“Butiran-butiran majikan yang digunakan juga adalah palsu dengan tujuan untuk mengaburi agensi penguatkuasaan memandangkan warga asing boleh menggunakan i-kad sebagai dokumen pengenalan diri,” ujarnya.

Mohamad Fauzi memberitahu, kesemua proses dijalankan di kedai gambar untuk mengaburi aktiviti haram itu dan bayaran yang dikenakan bermula daripada RM200 hingga RM300.

Tambahnya, kesemua yang ditahan melakukan kesalahan mengunakan dokumen palsu, tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigrsen 1959/63, Akta Pasport 1966. Utusan Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.