Dera ratusan kanak-kanak lelaki secara seksual, lelaki Norway dipenjara 16 tahun

Spread the love

OSLO: Seorang lelaki Norway dijatuhkan hukuman penjara selama 16 tahun, Jumaat atas tuduhan melakukan penderaan seksual ke atas ratusan kanak-kanak lelaki dalam kes yang disifatkan sebagai terbesar di negara itu.

Tertuduh yang berusia 27 tahun menyamar sebagai gadis muda di Internet dan dikenali sebagai Sandra, sebelum memeras ugut 460 budak lelaki, sebahagian besarnya berusia di bawah 16 tahun bagi memperoleh video seksual mereka.

Bagaimanapun tuduhan yang dikenakan ke atas lelaki itu, mencakupi penderaan seksual dan rogol hanya membabitkan 270 mangsa.

Dia yang juga pengadil bola sepak menyamar sebagai gadis muda untuk mengumpan mangsa dengan kata-kata manis, hadiah telefon pintar, gambar bogel dan perilaku seksual bagi memperoleh video seks mereka atau dalam beberapa kes, mengadakan pertemuan sebelum mengancam hendak menyebarkan kesemua rakaman berkenaan.

Lelaki itu mengaku bersalah untuk beberapa pertuduhan ketika hadir di Mahkamah Daerah Nedre Romerike di tenggara negara itu.

Hukuman diterima tertuduh antara yang paling berat pernah dijatuhkan ke atas pesalah kes penderaan seksual di negara Skandinavia itu dalam apa disifatkan pendakwa sebagai ‘kes penderaan seksual terbesar pernah berlaku di Norway’.

Lelaki terbabit kali pertama ditahan pada Jun 2016 namun dibebaskan dan meneruskan perbuatan keji itu sebelum ditahan buat kali kedua pada Oktober tahun yang sama.

Dia turut diperintahkan untuk membayar 18.6 juta kroner (RM9.10 juta) sebagai pampasan terhadap semua mangsa. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.