Trump mula berlembut isu Huawei

Spread the love

OSAKA: Presiden Donald Trump, hari ini menunjukkan pendekatan lebih lembut dalam perang perdagangan dengan China apabila membenarkan syarikat Amerika Syarikat menjual peralatan kepada Huawei.

“Syarikat AS boleh menjual peralatan mereka kepada Huawei.

“Kami bercakap mengenai peralatan. Tiada masalah keselamatan negara besar dengannya,” kata Trump kepada wartawan di Osaka beberapa jam selepas mengadakan perjanjian tarif baru dengan Presiden Xi Jinping.

Tidak dapat dipastikan sama ada kenyataan Trump menandakan perubahan material dalam pendirian terhadap Huawei, yang pada asasnya dilarang mendapatkan akses teknologi penting AS atau beroperasi dalam pasaran negara itu atas alasan keselamatan negara.

AS bimbang sistem yang dibangunkan Huawei, pemimpin dunia dalam peralatan rangkaian telekom dan pembekal telefon pintar kedua, boleh digunakan Beijing untuk mengintip menerusi sistem keselamatan ‘pintu belakang’ yang dibangunkan secara rahsia dalam telefon bimbit.

Huawei menyangkal keras dan berkata AS tidak pernah memberikan sesuatu untuk membuktikannya.

Bulan lalu, Washington memasukkan Huawei ke dalam ‘senarai entiti’ syarikat yang dilarang menerima komponen buatan AS tanpa kebenaran kerajaan.

Kenyataan jelas Trump itu tidak menunjukkan perubahan daripada amalan sedia ada.

Namun ia boleh dibaca oleh pasaran kewangan sebagai petunjuk positif bahawa pentadbirannya mungkin terbuka untuk berunding mengenai Huawei apabila rundingan perdagangan dua hala bersambung. — AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.