Ismail Sabri kekal Ketua Pembangkang

Spread the love

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kekal sebagai Ketua Pembangkang, walaupun Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kembali menjalankan tugas sebagai Presiden UMNO.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, perkara itu telah dipersetujui oleh semua ahli Parlimen pembangkang lain.

“Saya telah mengambil keputusan bahawa persetujuan semua Ahli Parlimen pembangkang yang dulunya sewaktu saya bercuti telah meletakkan Ismail Sabri sebagai Ketua Pembangkang kekal.

“Ini bererti buat masa ini ada pembahagian tugas antara saya, (Datuk Seri) Mohamad Hasan, Ismail Sabri dan (Datuk Seri) Mahdzir Khalid sebagai Ketua Whip dalam kalangan pembangkang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, hari ini.

Semalam, Ahmad Zahid mengumumkan menamatkan cutinya daripada tugas Presiden sejak 18 Disember tahun lalu dan kembali menjalankan tugas Presiden UMNO. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.