Pengerusi PAC bidas penjawat awam kanan elak hadir prosiding

Spread the love

Pengerui Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Noraini Ahmad, membidas ketua setiausaha dan ketua pengarah sesebuah kementerian, jabatan atau agensi kerajaan yang gagal hadir pada mesyuarat prosiding PAC parlimen apabila dipanggil sebagai saksi.

“Sepanjang saya mempengerusikan mesyuarat prosiding PAC parlimen sejak dilantik sebagai pengerusi PAC pada 11 April lalu, ada ketua setiausaha dan ketua pengarah gagal menghadirikan diri dalam mesyuarat prosiding PAC yang ditetapkan walaupun menerima notis panggilan mesyuarat sekurang-kurangnya tempoh 10 hari mengikut Perintah Mesyuarat 9.

“Sebaliknya, mereka hanya menghantar wakil untuk menghadiri mesyuarat prosiding PAC parlimen,” kata ahli parlimen Umno itu dalam satu kenyataan hari ini.

Lebih mengecewakan, kata Noraini, bahawa penjawat awam itu tidak menjawap surat panggilan mesyuarat PAC yang memaklumkan mengenai ketidakhadiran secara rasmi.

“Sikap ini jelas tidak menghormati institusi parlimen sebagai badan perundangan tertinggi negara seperti termaktub dalam sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara ini.”

Ahli parlimen Parit Sulong itu menegaskan bahawa pekeliling kerajaan jelas mentakrifkan bahawa ketua kementerian dan jabatan bertanggungjawab kepada PAC.

Sehubungan itu, katanya bahawa surat akan dihantar kepada ketua setiausaha negara untuk memintanya mengingatkan kepada semua ketua setiausaha dan ketua pengarah untuk memahami tugas serta tanggungjawap mereka untuk hadir pada mesyuarat prosiding PAC.

Noraini berkata jawatankuasa itu bersedia memberikan kelonggaran jika ada ketua setiausaha kementerian dan jabatan yang tidak dapat menghadirikan diri pada tarikh tertentu.

MKini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.