Pertuduhan di mahkamah tak jejas Zahid jadi Presiden UMNO

Spread the love

Selepas mengumumkan untuk kembali menjalankan tugas sebagai Presiden UMNO semalam, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan 87 pertuduhan yang dihadapkan terhadapnya tidak melibatkan parti.

Tegas Ahmad Zahid, tuduhan-tuduhan tersebut sama sekali tidak menghalang beliau daripada kekal menjadi Ahli Parlimen Bagan Datuk dan Presiden parti.

“Soal pertuduhan 87 yang dikenakan kepada saya, biar saya hadapi secara peribadi di mahkamah.

“Ia tak melibatkan UMNO sebagai entiti politik. Saya serahkan kepada barisan peguam untuk uruskan. Tentunya pertuduhan itu tak halang saya jalankan tugas sebagai Presiden UMNO dan Ahli Parlimen,” katanya dalam sidang akhbar di Parlimen hari ini.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Zahid turut menyeru semua ahli UMNO di cawangan dan bahagian untuk membuka lembaran baharu terhadap kepemimpinan parti.

“Saya seru rakan rakan di peringkat negeri, bahagian dan cawangan, buang yang keruh ambil yang jernih. Ibarat biduk lalu kiambang bertaut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.