Sokong China: Mujahid mesti mohon maaf, letak jawatan

Spread the love

MOHD. KHAIRUDDIN AMAN RAZALI

Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof yang menganggap ‘concentration camp’ (kem tahanan) yang sebenarnya bertujuan bagi menghapuskan identiti, kepercayaan dan budaya golongan minoriti sebagai ‘pusat latihan’ dan menyifatkan laporan mengenai penindasan umat Islam di China sebagai ‘berita palsu dari China’ adalah amat mendukacitakan kerana memperlihatkan sokongan beliau kepada dasar penindasan umat Islam di Xinjiang.

Saya merasakan beliau sama ada tidak meneliti berita sebenar mengenai nasib umat Islam Uighur sedangkan banyak penulisan mengenai perkara itu diterbitkan termasuk dalam jurnal akademik atau beliau hanya menyuarakan pendirian rasmi Kerajaan Malaysia mengenai perkara ini sesuai dengan kedudukan beliau sebagai seorang Menteri.(Beberapa liputan antarabangsa mengenai Uighur saya senaraikan di bawah)

1. https://time.com/5526022/turkey-china-concentration-camps-uighurs/

2. https://www.theguardian.com/world/2019/jan/11/if-you-enter-a-camp-you-never-come-out-inside-chinas-war-on-islam

3. https://www.newstatesman.com/world/asia/2019/03/china-s-uyghur-detention-camps-may-be-largest-mass-incarceration-holocaust?amp

Amat tidak patut sekali beliau menunjukkan sokongan kepada China dalam isu yang sedang mendapat perhatian oleh pelbagai negara serta agensi dan pertubuhan sehingga ke peringkat antarabangsa yang sedang berusaha memberikan tekanan kepada China bagi menamatkan krisis kemanusiaan di negara itu.

Saya menggesa Wisma Putra segera menjelaskan sama ada kenyataan Mujahid itu adalah mewakili pendirian dan dasar rasmi kerajaan dalam hubungan antarabangsa atau ia hanyalah kenyataan peribadi beliau.

Jika ia adalah kenyataan peribadi beliau, maka amat wajar Kabinet mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada menteri itu dan beliau mesti segera memohon maaf kepada rakyat Malaysia atau meletakkan jawatan. – UTUSAN ONLINE

Penulis ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.