UMNO ada banyak agenda : Ahmad Zahid perlu disokong

Spread the love

UMNO ada banyak agenda yang harus segera dijayakan dan untuk itu, keputusan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk kembali menjalankan tugas selaku Presiden perlu disokong oleh setiap ahli parti.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata, selaku Presiden yang dipilih, Ahmad Zahid perlu disokong dan dibantu bagi membolehkan beliau menjayakan agenda parti.

“Seluruh ahli serta kepimpinan parti kena bergerak dan berkerjasama dengan ‘esprit de corps’ yang tinggi. Bersatu, bersetia dan berkhidmat kena sentiasa ada dalam diri kita sebagai ahli UMNO.

“Kepada Presiden, selamat kembali dan kita semua kena melangkah ke hadapan, kita tidak boleh melihat kebelakang lagi,” katanya dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Ahmad Zahid mengumumkan beliau akan kembali aktif memimpin UMNO selepas bercuti selama enam bulan sebelum ini.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu membuat pengumuman tersebut pada satu Majlis Hari Raya Aidilfitri di Sungai Sumum, Bagan Datuk, Perak, sempena setahun beliau dipilih sebagai Presiden UMNO.

Pengumuman itu menerima reaksi positif daripada pemimpin parti termasuklah Timbalan Presiden UMNO sendiri, Datuk Seri Mohamad Hassan yang berkata, dengan kembalinya Ahmad Zahid ia akan menutup pengadu-domba, selain UMNO perlu diuruskan bersama. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.