Ustaz cedera apabila ditembak

Spread the love

Seorang ustaz Sekolah Pondok Wattanatham Islam di Daerah Panare, Pattani, selatan Thailand mengalami kecederaan apabila ditembak ketika dalam perjalanan ke masjid untuk solat Isyak malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 8.00 malam (waktu tempatan), Yusuh Yala yang lebih dikenali sebagai Ustaz Salleh, 56, mengalami kecederaan akibat terkena tembakan di bahagian dada.

Penolong Ketua Polis Siasatan Jenayah Daerah Panare Kapt. Pol. Rengsak Chatsuksiridech berkata ketika kejadian mangsa yang baru keluar dari rumah ke masjid, yang terletak dalam kawasan sekolah pondok, untuk solat Isyak.

“Penduduk tempatan terkejut apabila terdengar beberapa das tembakan.

“Di tempat kejadian, polis menemui satu kelongsong peluru,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kini, Ustaz Salleh menerima rawatan di Hospital Pattani.

Sejak keganasan di selatan Thailand pada tahun 2004, tiga guru di sekolah pondok itu mati ditembak.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.