Kejadian tersebut mengakibatkan empat bangunan terpaksa dikosongkan manakala tiada mangsa dilaporkan terjejas yang mengalami simptom keracunan gas berkenaan.

Jurucakap Facebook berkata, sebuah paket diterima pihaknya dikesan mengandungi gas beracun sebaik melalui mesin pengimbas.

“Pada pukul 11 pagi (waktu tempatan) sebuah paket yang dihantar ke salah satu bilik mel kami telah dikesan sebagai bungkusan meragukan.

“Kami telah mengosongkan empat bangunan dan siasatan menyeluruh telah dilakukan dengan kerjasama pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Facebook lagi, tiga daripada bagunan tersebut telah disahkan selamat dan boleh digunakan semula.

Bagaimanapun, siasatan lanjut sedang dijalankan Jabatan Bomba Menlo Park. – Agensi