Kes pengubahan wang haram Tok Mat diklasifikasi NFA

Spread the love

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara mengklasifikasikan dakwaan kes pengubahan wang haram sebanyak RM10 juta yang dikaitkan dengan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan, sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, berkata perkara itu diputuskan pada 2 Mei lalu, selepas meneliti semula kertas siasatan yang dikemukakan kepada jabatan berkenaan pada April lalu.

“Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap kes ini sudah selesai dan kertas siasatan dikemukakan kepada jabatan itu pada 2011.

“Pada 2013, jabatan itu memutuskan tiada tindakan pendakwaan dalam kes ini dan siasatan telah dihentikan. Bagaimanapun, pada April 2019, kertas siasatan dikemukakan untuk penelitian semula.

“Pada 2 Mei 2019, Jabatan Peguam Negara mengekalkan keputusan ‘No Further Action’ (NFA) setelah meneliti hasil siasatan,” katanya dalam kenyataan bertulis di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan RSN Rayer (PH-DAP Jelutong) yang bertanya apakah hasil siasatan SPRM mengenai kes pengubahan wang RM10 juta melalui penggurup wang ke London untuk pembelian sebuah pangsapuri mewah di London, yang didakwa dilakukan Mohamad.

Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.