Model prototaip kereta terbang akan dilancarkan pada Oktober 2019

Spread the love

KUALA LUMPUR – Model prototaip kereta terbang pertama Malaysia akan dilancarkan kepada awam pada Oktober tahun ini.

Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Redzuan Md Yusof (PH-Alor Gajah) berkata, kereta terbang berkenaan akan dipacu oleh teknologi tempatan selain tidak menggunakan peruntukan wang kerajaan.

“Sukacita saya memperingati ahli Dewan projek air mobolity prototaip kereta terbang ini tidak melibatkan satu sen pun duit rakya

“Ia adalah inisiatif daripada beberapa syarikat persendirian dan kita kena sentiasa menjalinkan hubungan dengan syarikat persendirian supaya industri ini dirangsang selari dengan pembangunan industri antarabangsa,” katanya ketika sesi pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (Pas-Pasir Puteh) yang bertanyakan mengenai perkembangan pembangunan model prototaip kereta terbang.

Mohd Redzuan berkata projek kereta terbang adalah cara untuk kerajaan mewujudkan persekitaran yang mendorong rakyat untuk memikirkan tentang teknologi baharu.

“Kalau kita tidak sediakan ruang maka kita akan ketinggalan. Sebab itu kita membabitkan segala usaha agar anak tempatan dapat membangunkan industri berkenaan,” katanya.

Katanya lagi, industri berkenaan bergerak dengan cepat, justeru kerajaan perlu mengambil insiatif segera agar negara tidak ketinggalan dalam perkembangan industri itu.

Sebelum ini Mohd Redzuan mengingatkan masyarakat perlu berpandangan jauh ke hadapan berbanding mengecam pengenalan kereta terbang berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.