Pengadil macam ‘celaka’ – Messi

Spread the love

Lionel Messi menyalahkan pengadil perlawanan yang didakwanya berat sebelah kepada Brazil sewaktu Argentina tewas 0-2 kepada tuan rumah itu dalam separuh akhir Copa America di Belo Horizonte hari ini.

Bintang Argentina itu sekali lagi ditimpa malang bersama skuad kebangsaan selepas jaringan daripada dua pemain Brazil Gabriel Jesus pada minit ke-19 dan Roberto Firmino (m-71) memusnahkan harapan Messi.

“Mereka tidaklah hebat daripada kami, cuma mereka menemui jaringan pada awal permainan dan kami sepatutnya mendapat sepakan penalti kepada Sergio Aguero (beberapa minit sebelum jaringan Firmino tetapi tidak diberi.

“Mereka (pengadil) memang celaka sebab mereka langsung tidak melihat semula insiden itu menerusi VAR (video bantuan pengadil), ia ‘menakjubkan’.

“Ia berlaku dalam mana-mana perlawanan. Semasa kami diasak jatuh, mereka memberikan laluan kepada Brazil dan perakra sebegini memberi kesan kepada permainan kami.

“Tiada alasan daripada kami, tetapi kami perlu melihat dan menganalisisnya perkara ini semula dan diharap CONMEBOL membuat sesuatu.

“Saya fikir kami telah bermain dengan sangat bagus, Kami memberikan usaha yang hebat dan mereka tidaklah hebat daripada kami,” katanya.- AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.