Saham Media Prima turun kepada 48 sen

Spread the love

Media Prima Bhd. menyaksikan harga sahamnya susut setengah sen kepada 48 sen pada tengah hari berikutan laporan berita UMNO telah menjual sebanyak 11.09 peratus kepentingan di dalam syarikat itu kepada hartawan, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Saham Media Prima dibuka 50 sen pada pukul 9 pagi dan pada tengah hari, sebanyak 1.45 juta saham bertukar tangan.

Syed Mokhtar kini pemegang saham ketiga terbesar di dalam Media Prima.

Menurut data Bloomberg, saham diniagakan dalam satu blok bernilai sebanyak RM73.81 juta. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.